awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO perlu kenal pasti calon PRU dari sekarang - Johari

Bernama
Bernama
29/06/2024
14:16 MYT
UMNO perlu kenal pasti calon PRU dari sekarang - Johari
Johari berkata ini boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat. - Gambar fail/Astro AWANI
ARAU: UMNO perlu mengenal pasti pemimpin yang boleh diangkat sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dari sekarang, supaya mereka boleh mula menabur khidmat bakti dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing, dengan lebih baik.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ini boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.
"Pemimpin UMNO di peringkat negeri akan mengenal pasti dan kita akan pantau mereka, kena buat kerja dari sekarang, jadi boleh tengok, dapat maklum balas rakyat suka, jalanlah...tapi kena persetujuan daripada presiden (UMNO) jugalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO di kawasan yang tidak dimenangi parti itu, supaya menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.
"Kita kena belajar melihat kedudukan kita bukan wakil rakyat (di sesuatu kawasan itu), jadi kalau kita nak meneruskan khidmat, kita kena buat dengan cara yang berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#kaedah berbeza
#pengundi setempat
#khidmat bakti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan