POLITIK
UMNO perlu kuasai naratif digital, dekati anak muda - Zambry
Menurut Zambry, era politik kini bergerak pantas dalam ruang digital, dengan maklumat, persepsi dan sentimen masyarakat dibentuk melalui media sosial dan platform siber. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO perlu tampil di barisan hadapan dalam menguasai naratif digital serta memperkukuh komunikasi menerusi media baharu selain mendekati anak muda bagi memastikan parti terus kekal relevan dalam landskap politik semasa.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, era politik kini bergerak pantas dalam ruang digital, dengan maklumat, persepsi dan sentimen masyarakat dibentuk melalui media sosial dan platform siber.
"Cabaran baharu ini menuntut pendekatan politik yang lebih segar, fleksibel dan pragmatik. UMNO tidak boleh terikat dengan cara lama semata-mata," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.
Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan, langkah ke arah pembaharuan bukan bermaksud mengorbankan prinsip perjuangan, sebaliknya memperkukuh nilai dan idealisme parti melalui pendekatan lebih berkesan dan inklusif.
Beliau turut menegaskan, perpaduan dalam kalangan ahli menjadi tunjang kekuatan UMNO sejak 79 tahun lalu dan parti itu tidak akan mampu bertahan sekiranya berlaku perpecahan dalaman.
-- BERNAMA