KUALA LUMPUR: Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pindaan perlembangaan itu akan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini yang dihadiri lebih 2,000 perwakilan.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan berkata perhimpunan pada 2 petang itu akan dimulakan dengan ucapan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia kemudian disusuli pembentangan usul pindaan perlembangaan parti oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ia diserahkan kepada para perwakilan untuk diputuskan namun tiada sebarang perbahasan akan diadakan.
"Selepas itu, presiden parti akan menaikkan bendera UMNO dan memotong pulut kuning bersama-sama kepimpinan yang lain sempena sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-76 sebelum kemudian menghadiri sambutan Hari Raya UMNO di Dewan Tun Razak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati Dewan Merdeka yang akan menjadi saksi pindaan Perlembagaan UMNO telah disiapkan sepenuhnya selain pusat media juga disediakan di Bilik Mawar WTC KL.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.
Jika dihitung, tempoh 18 bulan tersebut akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Dis 2022.
Bagaimanapun, Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lepas bersetuju agar pemilihan parti ditangguhkan sehingga enam bulan selepas PRU15 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya itu.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan semasa ucapan penggulungan pada perhimpunan itu berkata pihaknya bimbang akan berlaku perpecahan sekiranya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15.
Selasa lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata parti itu akan mengemukakan cadangan tarikh mengadakan pemilihan parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

UMNO kan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/Sinar Harian

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara [TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967313/thumbnails/32572379231652759905354_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara
Ikuti sidang media Majlis Pemulihan Negara oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin di Kementerian Kewangan. #RayaSLK #AWANInews

Perlu waspada dengan cabaran global - Pengerusi MPN
Perlu berwaspada dengan cabaran global termasuk perang Ukraine-Rusia, status COVID-19 di China dengan risiko 'lockdown' berpanjangan serta kemunculan varian baharu, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertimbang pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera - MPN
MPN minta kerajaan pertimbang beri pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera perolehan tanah lebih RM20 juta bagi pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan untuk tempoh dua tahun, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

UMNO tangguh pemilihan sebab tahu parti akan berpecah - Dr Mahathir
Tindakan UMNO buat EGM untuk tangguh pemilihan disifatkan Dr Mahathir sebagai jalan senang buat parti itu.

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

Lulus pindaan perlembagaan parti bukti kesepakatan UMNO, angkat suara keramat akar umbi
Pindaan memberi ruang kepada ahli untuk memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

'Pindaan perlembagaan UMNO penting demi kelangsungan parti, gerak kerja hadapi PRU15'
Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli pada PAU yang lalu, tetapi juga sebagai kelangsungan parti hadapi PRU15.

UMNO sedia hadapi PRU, tarikh kerajaan tentukan
UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan ditentukan oleh kerajaan.

Pindaan Perlembagaan: UMNO hantar surat mohon kelulusan ROS dalam 60 hari - Ismail Sabri
Usul untuk menangguhkan pemilihan parti telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini.

Usul pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan parti lulus - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

UMNO akan terus beri peluang pada muka baharu jadi calon pilihan raya - Zahid Hamidi
Apakah wakil-wakil rakyat yang sudah berkhidmat hingga lapan penggal masih merasakan ini zaman mereka lagi, soal Ahmad Zahid.

UMNO tiada DNA cetus kekacauan - Ahmad Zahid
UMNO tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan yang kemudiannya boleh menyebabkan negara terjerumus kepada keadaan tidak menentu.

"No way for me to do that" - Zahid nafi pindaan perlembagaan untuk selamatkan kedudukannya
Ahmad Zahid menafikan dakwaan pindaan perlembagaan parti adalah untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO.