KUALA LUMPUR: UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan ditentukan oleh kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh PRU15 akan ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.
"Parti adalah berbeza dengan kerajaan. Parti pun tahu kalau ada cadangan, saya bawa ke Kabinet dan Kabinet luluskan.
Jika Kabinet memutuskan tarikh, Kabinet akan memberi mandat kepada saya dan saya akan berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari segi prosedur," katanya ketika ditemui selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO di sini hari ini.
Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menghadiri Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi meminda perlembagaan parti itu untuk membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU.
Pindaan itu yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diluluskan sebulat suara oleh 2,586 perwakilan yang hadir.
Mengulas mengenai pindaan berkenaan, Ismail Sabri berkata UMNO akan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan penangguhan pemilihan parti.
Ditanya jika UMNO akan berdepan sebarang masalah dengan ROS, Ismail Sabri berkata :" Kita tak tahu, akan hantar permohonan untuk kebenaran tentang pindaan itu, kita tunggu dalam masa 60 hari kena hantar," katanya.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.
Tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Dis 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, dua kanan), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, dua kiri) ketika menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri. - Foto BERNAMA

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan rakam video atau gambar dan salurkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air,Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

Tiada perbincangan mengenai kumpulan sokong Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO
Annuar berkata tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang menyokong Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanding jawatan presiden parti itu.

Annuar nafi atur rancangan dengan Ismail Sabri rebut jawatan tinggi UMNO
Kata Annuar, beliau dan PM ada banyak tugas lain untuk dilaksanakan pada masa ini.

Bersatu hadapi musuh, henti serang sesama sendiri - Pesanan Ku Li pada pemimpin UMNO
Tindakan pemimpin UMNO 'berkelahi' sama sendiri hanya beri peluang pada musuh ambil kesempatan, kata veteran UMNO itu.

PRU15: Dasar UMNO, BN jelas sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri - Mohamad Hasan
Tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

'Mana ada kem, satu kem saja dalam UMNO' - Ismail Sabri nafi dakwaan parti berpecah
Ia susulan pandangan penganalisis politik yang mendakwa pendedahan Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Henti laga pemimpin parti, fokus rapatkan barisan menjelang PRU15 - Hishammuddin
Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

UMNO ada 'bisul di punggung' - Mohd Amar
"Yang rok rak itu UMNO, bukan Pas"

Bubar UMNO: 'Zahid boleh cakap macam-macam, mana bukti dia' - Tun M
Menurut Dr Mahathir, Zahid hanya sentiasa 'membuka' bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya tanpa sebarang bukti didedahkan.

'Tuduhan dicanang, sengaja datangkan persepsi buruk' - Mas Ermieyati
Dana yang dimaksudkan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi telah diagih mengikut ketetapan yang sepatutnya.