awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Selangor serah senarai calon dalam masa terdekat - Noh

Bernama
Bernama
09/10/2022
21:00 MYT
UMNO Selangor serah senarai calon dalam masa terdekat - Noh
Noh berkata senarai itu melibatkan lima calon bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. - Foto fail/BERNAMA
TANJUNG KARANG: UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata senarai itu melibatkan lima calon bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
"Sesetengah bahagian juga akan melibatkan enam calon termasuk penyandang kerusi sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini pada Ahad.
Sementara itu, Noh berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan UMNO bergerak secara solo atau sebaliknya.
"Kita sentiasa akur dengan arahan pucuk pimpinan, kini hanya menunggu keputusan penuh pimpinan parti dalam menentukannya," katanya.
Noh berkata pihaknya akan melancarkan jentera di peringkat Bahagian dan Cawangan negeri itu tidak lama lagi.
Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Perhubungan Negeri akan mengemukakan nama calon kepada pimpinan 'Top 5' bagi penentuan calon UMNO, bermula Isnin depan.
'Top 5' merujuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ahmad Zahid dilaporkan berkata calon pilihan parti itu perlu mempunyai kriteria WALI iaitu boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable).
BACA: PRU15: Calon UMNO mesti penuhi ciri "WALI"
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#Noh Omar
#UMNO Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan