awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Simpang Renggam tolak pemimpin gagal, pilih bulu - Zakaria Dullah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/01/2022
02:44 MYT
UMNO Simpang Renggam tolak pemimpin gagal, pilih bulu - Zakaria Dullah
Zakaria berkata, sikap pilih bulu itu amat bertentangan dengan prinsip dan falsafah kepimpinan UMNO. - Foto UMNO Simpang Renggam
KUALA LUMPUR: UMNO Simpang Renggam tidak akan lagi menyokong mana-mana ahli bahagiannya yang dilihat gagal memikul amanah, tanggungjawab, dan obligasi yang telah diberikan.
Ketua Bahagian UMNO Simpang Simpang Renggam Datuk Zakaria Dullah berkata, ketetapan itu merangkumi mereka yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan, sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah, perbandaran, mukim, dan kampung.
Katanya lagi, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat kepimpinan dan perhimpunan tahunan UMNO Simpang Renggam baru-baru ini.
“Bagi tujuan menjaga imej dan nama baik UMNO Bahagian serta mengelakkan “fitnah”, kepimpinan Bahagian tidak lagi akan menyaran, mencadang dan menyokong ahli-ahli berkenaan di masa hadapan bagi menggalas tanggungjawab tersebut;
“Kepimpinan Bahagian juga memandang serius terhadap sikap ahli-ahli yang dilantik ke jawatan kerajaan tetapi mengamalkan perilaku 'pilih-bulu' dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata, sikap ‘pilih bulu’ itu amat bertentangan dengan prinsip dan falsafah kepimpinan UMNO seperti mana yang termaktub dalam Fasal 3.4 & 3.5 perlembagaan UMNO.
Jelasnya lagi, fasal tersebut jelas memperihalkan tujuan penubuhan UMNO, iaitu mempertahan dan membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar kaum dan agama, serta memastikan keadilan sosial yang berpaksikan kepada amalan demokrasi untuk bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah & Orang Asli terjamin setiap masa dan ketika.
Zakaria berkata, keputusan dan pendirian yang dizahirkan UMNO Simpang Renggam, bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian perjuangan UMNO dari sebarang bentuk gejala yang negatif dan menjengkelkan.
Topic Berkaitan
#UMNO Simpang Renggam
#Zakaria Dollah
#pilih bulu
#pemimpin gagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan