KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu tidak pernah menamakan bekas pemimpin Pas Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.
Ditanya jika Mohd Khairuddin ingin menyertai dan membantu UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menjelaskan, pihaknya tiada masalah, namun bukan sebagai calon.
"Kita ada calon kita. Kita tak pernah ada rundingan dengan siapa-siapa pun.
"Tetapi kalau dia nak menyertai dan bantu UMNO, tak ada masalah, cuma bukan sebagai calon. Kita tak pernah namakan dia sebagai calon. Tak ada," kata Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Makan Malam Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd di sini semalam.
Sebelum ini UMNO Bahagian Kuala Nerus menafikan desas-desus bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan ditampilkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu pada PRU15 nanti.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Mohd Yusoff berkata, ia cuma dakyah parti lawan yang cuba memecahbelahkan akar umbi BN di kawasan Parlimen berkenaan.
Pada Mac lalu, Mohd Khairuddin mengumumkan membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan yang dibuat itu adalah selaras dengan perlembagaan parti iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.
Nur Fazlizai Ali
Mon Oct 17 2022
Ahmad (kiri) menyampaikan replika cek dividen tahun kewangan 2021 berjumlah RM3,728,962.50 kepada Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd Datuk Nik Dir Nik Wan Ku pada majlis di Kuala Terengganu malam tadi. --fotoBERNAMA
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
PN sedia buktikan dakwaan sogok pengundi tidak benar
Pasukan pembelaan Perikatan Nasional sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu itu, adalah tidak benar.
Ahmad Said gesa polis siasat kes pecah amanah projek pelitup muka
Datuk Seri Ahmad Said, mendakwa isu itu berkaitan pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama sebuah syarikat lain.