awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak lobi, MKT telah putus tidak terima jawatan TPM sebelum ini - Asyraf Wajdi

Fareez Azman
Fareez Azman
07/07/2021
07:00 MYT
UMNO tidak lobi, MKT telah putus tidak terima jawatan TPM sebelum ini - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata MKT UMNO telah memutuskan untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya, pagi tadi, beliau meminta semua pihak tidak terpedaya dengan berita palsu kononnya parti itu melobi jawatan berkenaan.
"Usah percaya berita palsu kononnya UMNO melobi jawatan TPM.
"MKT UMNO telah putuskan untuk tidak terima jawatan TPM jauh sekali untuk melobi.
"Lagipun daripada melobi jawatan TPM, lebih baik melobi (jawatan) Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk Moratorium tanpa faedah, i-Citra, segerakan dan tambah lagi bantuan tunai BPR, BPN, BKC," katanya.
Sumber Facebook drasyrafwajdidusuki
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Bagaimanapun, perkembangan terkini, menyaksikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan petang ini, mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai TPM dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar pula kini berstatus Menteri Kanan.
"Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta," menurut PMO.
Difahamkan, UMNO bakal mengadakan mesyuarat MKT pada malam ini.
Astro AWANI akan mendapatkan respons terbaharu daripada Asyraf dan UMNO berkenaan perkara ini.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#UMNO
#TPM
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#berita palsu
#Ismail Sabri
#Hishammuddin Hussein
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan