awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2020
08:58 MYT
UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
UMNO turut mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan, UMNO mengumumkan gencatan politik perlu dilakukan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga dalam masa sama mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Menurut beliau, UMNO turut mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet memberikan sepenuh tumpuan pada usaha untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat kesan ekonomi dan pandemik COVID-19.
"Kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik saat negara menghadapi ancaman COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Baru-baru ini, tular surat yang ditandatangani Zahid dan disokong oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke sembilan.
Namun ibu pejabat UMNO menafikan kesahihan surat memberikan sokongan kepada Anwar itu.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Perikatan Nasional
#Zahid Hamidi
#kegawatan
#ekonomi
#gencatan politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan