POLITIK
Umum keluar parti, DAP Sabah hargai sumbangan Frankie Poon dan Liau Fui Fui
Frankie dan Fui berkata, keputusan mereka meninggalkan DAP dibuat kerana berasa tidak puas hati terhadap penggantian kepimpinan DAP Tanjong Papat tanpa sebarang rundingan. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menghormati keputusan bekas pengerusinya, Datuk Frankie Poon dan bekas setiausaha negeri parti itu, Liau Fui Fui untuk meninggalkan parti bersama cawangan masing-masing.
Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, pihaknya menghormati keputusan itu dan menzahirkan penghargaan atas sumbangan mereka kepada parti dan rakyat Sabah selama ini.
“Kami mengucapkan terima kasih atas khidmat dan sumbangan mereka. Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam perjalanan yang seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Phoon berkata, kepimpinan DAP Sabah kini akan menumpukan kepada usaha berkhidmat untuk rakyat Sandakan.
“Saya telah berbincang dengan Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, hari ini. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinannya untuk memantapkan dan mengukuhkan jentera parti di Sandakan.
“Ini bagi memastikan kami terus menawarkan idea dan perkhidmatan berorientasikan rakyat sambil meneruskan kerja khidmat secara berterusan di lapangan,” ujarnya.
Phoong menambah, barisan kepimpinan baharu DAP Sabah komited untuk membina masa depan lebih baik buat seluruh rakyat Sabah.
Pada Sabtu, Frankie dan Fui Fui menerusi kenyataan bersama menegaskan, keputusan mereka meninggalkan DAP dibuat kerana berasa tidak puas hati terhadap penggantian kepimpinan DAP Tanjong Papat tanpa sebarang rundingan.
"Keputusan ini bukan dibuat dengan tergesa-gesa, sebaliknya ia dibuat selepas menilai dengan teliti pelbagai perkembangan dalaman parti sejak kebelakangan ini. Kami telah melihat dengan jelas tindakan-tindakan tersirat daripada kepimpinan tertentu yang menunjukkan wujudnya agenda tersembunyi untuk menggantikan kepimpinan sedia ada di Tanjong Papat tanpa sebarang rundingan atau perbincangan rasmi.
"Hala tuju DAP Sabah kini hanya menumpukan kepada kelompok muda untuk mengetuai parti, dengan mengabaikan peranan pemimpin veteran dan senior yang sekian lama berkorban serta menyumbang kepada parti.
“Ini menunjukkan kurangnya penghargaan terhadap pemimpin veteran dan senior yang telah sekian lama berkorban dan menyumbang kepada parti," kata mereka menerusi satu kenyataan.
Dengan pengumuman itu, mereka memaklumkan, dua cawangan DAP yang berada di bawah kepimpinan masing-masing kini turut keluar daripada struktur parti dan akan meneruskan perjuangan politik mereka di peringkat akar umbi secara bebas.