awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undangan Muktamar Dewan Pemuda Pas ditangguhkan untuk negara sokong Israel

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
15/10/2023
15:52 MYT
Undangan Muktamar Dewan Pemuda Pas ditangguhkan untuk negara sokong Israel
Hanif berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Dewan Pemuda Pas Pusat pada Ahad. - Gambar FB Hanif Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Pemuda Pas memutuskan untuk menangguhkan undangan Muktamar Dewan Pemuda Pas kepada semua wakil kedutaan negara yang mengisytiharkan sokongan terhadap rejim Zionis Israel dalam konflik di Gaza.
Setiausaha Pemuda Pas, Muhammad Hanif Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Dewan Pemuda parti itu pada Ahad.
Tambah beliau, mana-mana jemputan yang telah dihantar sebelum ini kepada wakil-wakil kedutaan negara-negara terbabit adalah dianggap terbatal.
Menurutnya, tindakan itu merupakan suatu isyarat kepada negara-negara tersebut, supaya berdiri atas dasar keadilan dan kemanusiaan.
Tegas Muhammad Hanif, ia juga sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.
“Di saat pengeboman rejim Zionis Israel semakin rancak menyasarkan orang-orang awam, termasuklah wanita dan kanak-kanak, masih terdapat negara-negara yang teguh berdiri di belakang mereka.
“Mereka menyatakan sokongan kepada Zionis Israel, seolah meredhai pembunuhan dan genosid yang dilakukan ke atas warga Palestin di Gaza.
“Pemuda Pas menyatakan kekesalan terhadap negara-negara ini,” katanya.
Tambah beliau, Pemuda Pas akan selamanya berdiri teguh bersama rakyat Palestin, atas dasar keimanan dan kemanusiaan.
“Semoga Allah memberkati nyawa saudara-saudara seagama kami yang ikhlas jiwanya mempertahankan tanah air yang dijajah selama tujuh dekad,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#rejim Zionis
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan