awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Lima negeri belum pinda perlembagaan - Wan Junaidi

Fareez Azman
Fareez Azman
11/09/2021
10:21 MYT
Undi18: Lima negeri belum pinda perlembagaan - Wan Junaidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata lima negeri didapati masih belum meminda Perlembagaan Negeri untuk menurunkan had umur pengundi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lima negeri didapati masih belum membuat pindaan kepada Perlembagaan Negeri atau Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk membolehkan warganegara yang berumur 18 tahun mengundi mahupun menjadi calon Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan telah mengadakan perbincangan, namun masih menunggu tindakan selanjutnya dari negeri-negeri terbabit.
"Ada negeri belum pinda perlembagaan dan mungkin tidak meminda perlembagaan, jadi kita ada dua jenis pencalonan dari pihak Parlimen berlandaskan undang-undang nasional iaitu ahli Parlimen boleh bertanding umur 18 tahun dan di negeri iaitu 21 tahun.
"Jadi ada negeri itu, maknanya Retaining Officer (RO) di setiap negeri bakal dilantik untuk Pilihan Raya Umum akan datang dan perlu perhatian khusus, contohnya kalau calon ahli Parlimen itu sama ada cukup umur atau tidak.
"Agar mereka tidak keliru dengan perlembagaan di negeri yang masih tidak meminda umur untuk mengundi atau menjadi calon.
"Jadi perlembagaan belum dipinda, jadi ada lima negeri, di situ ada masalah sedikit tetapi boleh diatasi," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Sabtu.
Agenda AWANI: Evolusi Parlimen Malaysia | 62 tahun, apa selepas ini?
Selain itu ujarnya, terdapat bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan perkara itu dari sudut teknikal.
"Memang pertemuan dah dibuat tetapi pihak negeri belum buat keputusan untuk meminda perlembagaan mereka," katanya ketika diminta mengulas berhubung Undi18.
Tambahnya, di sudut kerajaan pula telah bersetuju untuk tidak membuat rayuan berhubung pelaksanaan Undi18 seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching sebelum 31 Disember depan.
"Undi18 kita akan laksanakan mengikut apa diarahkan mahkamah. Jadi soalan nak buat rayuan atau tidak, saya dah bincang dengan semua pihak.
"Nampaknya dari pihak kerajaan setakat ini saya ketahui tidak ada pun kita bersetuju buat rayuan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Undi18
#PRU
#pindaan perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan