[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITICS

[UNDIAN] Muhyiddin mesti keluar daripada UMNO?

Astro Awani 02/03/2016 | 08:49 MYT
Pada Jumaat, UMNO sepakat menggantung Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden atas sebab tindakan beliau yang didapati melanggar beberapa perlembagaan parti.
Tumpuan rakyat Malaysia akan terarah kepada keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kedudukan beliau di dalam UMNO.
Pada Isnin, beliau berkata bahawa dirinya masih lagi ahli UMNO.
"Buat masa ini, saya masih ahli UMNO, katanya ringkas.
Namun, masih menjadi tanda tanya jika kemungkinan Muhyiddin akan mengikut jejak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pengundurannya daripada parti itu pada Isnin.
Ia berikutan keputusan yang dibuat pada Jumaat apabila UMNO sepakat menggantung Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden atas dakwaan tindakan beliau yang didapati melanggar beberapa perlembagaan parti dan dianggap melampau.
Menurut pandangan anda, patutkah Muhyiddin keluar daripada UMNO? Ikut serta dalam undian kami.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#majlis tertinggi #Muhyiddin Yassin #penggantungan tugas #Timbalan Presiden UMNO #UMNO