awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah berpuak-puak dalam pemilihan parti - TPM

Bernama
Bernama
22/07/2018
11:51 MYT
Usah berpuak-puak dalam pemilihan parti - TPM
Dr Wan Azizah maklum terdapat andaian kononnya beliau dan suaminya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelagah atas jawatan presiden parti, namun beliau menjelaskan, perkara itu tidak berlaku. - Foto BERNAMA
Anggota PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos ini, sebaliknya, menyokong pemimpin yang terpilih kelak untuk menguatkan lagi parti berkenaan.
"Memang ada perbezaan pendapat tapi kita satu parti... boleh menyokong sesiapa," kata Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pertemuan dengan anggota PKR Sabah di sini hari ini.
Dr Wan Azizah maklum terdapat andaian kononnya beliau dan suaminya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelagah atas jawatan presiden parti, namun beliau menjelaskan, perkara itu tidak berlaku.
"Biarpun Datuk Seri Anwar pernah dizalimi, namun semangatnya tidak pernah luntur (dalam perjuangan parti)," katanya.
Dr Wan Azizah turut mengingatkan anggota parti supaya berpegang erat kepada prinsip perjuangan parti.
Katanya sebagai kerajaan baharu yang memerintah hari ini, PKR perlu menunjukkan contoh sebagai parti yang bertanggungjawab dan tidak 'terjangkit' sikap pemimpin dalam kerajaan terdahulu.
"Biarlah selaku kerajaan, kita tunjukkan melalui teladan. Kita dah kalahkan parti yang kuat (dalam Pilihan Raya Umum ke-14). Kita menang untuk masa depan negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota PKR
#Anwar Ibrahim
#Ketua Umum PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#pemilihan parti
#PKR
#PKR Sabah
#Presiden PKR
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan