Usah lupakan Sabah dalam pembentukan Kabinet - Arthur Kurup

Shafizan Johari
Mac 9, 2020 00:18 MYT
Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap perwakilan Sabah dalam barisan Kabinet bakal membolehkan negeri itu dan kerajaan Persekutuan dapat maju bersama.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diharap dapat melantik menteri dari Sabah bagi memastikan negeri itu tidak ketinggalkan, walaupun kini ia ditadbir parti pembangkang.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap perwakilan Sabah dalam barisan Kabinet bakal membolehkan negeri itu dan kerajaan Persekutuan dapat maju bersama.
Bagaimanapun, Arthur menegaskan, lantikan menteri Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri.
Ketika ini Perikatan Nasional mempunyai lapan Ahli Parlimen dengan lima dari Bersatu, dua dari UMNO dan seorang dari PBRS.
Ia juga mempunyai dua lagi Ahli Parlimen yang sudah menyatakan sokongan kepada PN iaitu masing-masing satu kerusi milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan STAR.
#Arthur Joseph Kurup #kabinet #Malaysia2020 #Muhyiddin Yassin #Parti Bersatu Rakyat Sabah #Perdana Menteri #politik