awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajar mansuh pencen ahli politik, ganti dengan caruman KWSP - Bersih

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
09:53 MYT
Wajar mansuh pencen ahli politik, ganti dengan caruman KWSP - Bersih
Thomas berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat perkara tersebut sebagai sebahagian daripada reformasi politik. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan memansuhkan pencen ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan menggantikannya dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan selepas tamat berkhidmat.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann berkata, ada pemimpin yang hanya berkhidmat satu penggal bersamaan dengan empat hingga lima tahun sahaja sebelum berundur, namun tetap menerima pencen seumur hidup.
“Bagaimanapun, rakyat biasa seperti penjawat awam perlu berkhidmat dalam satu jangka masa yang lama atau sehingga bersara untuk menerima pencen mereka.
“Tambahan pula, ahli politik yang berkhidmat sebagai ADUN, Ahli Parlimen atau menteri ini mendapat tiga pencen berasingan yang dilihat sangat tidak adil kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Berdasarkan laporan media pada Rabu, pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid menyuarakan cadangan tersebut ketika berucap di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.
Muhammed berpendapat, mereka patut ‘diajar’ untuk merasai kesempitan hidup dan kekangan kewangan seperti dihadapi rakyat yang sering meluahkan rasa terkesan dengan kos sara semakin meningkat.
Tambah Thomas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat perkara tersebut sebagai sebahagian daripada reformasi politik.
“Melalui pembaharuan ini, kerjaya politik akan dilayan sama seperti mana-mana bidang profesional lain dan bukan tiket untuk mendapatkan kehidupan yang mudah serta mewah,” ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pencen ahli parlimen
#Bersih
#Thomas Fann
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan