awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Ahmad Fayhsal dicabar beri penyelesaian

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2023
02:56 MYT
Wan Ahmad Fayhsal dicabar beri penyelesaian
Sivaraj (kiri) berkata, beliau 'terpegun' dengan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal (kanan) bahawa penyokong bukan Melayu akan meninggalkan PH sekiranya PM Anwar gagal menyelesaikan masalah ekonomi. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dicabar untuk memberi penyelesaian alternatif ekonomi bagi meyakinkan rakyat bukan Melayu.
Ahli Dewan Negara, Datuk C Sivaraj berkata, setakat ini beliau tidak melihat sebarang cadangan atau penyelesaian alternatif dari pihak pembangkang.
"Saya cabar beliau untuk mencadangkan penyelesaian alternatif yang praktikal bagi meyakinkan rakyat bukan Melayu bahawa PN mempunyai penyelesaian yang konkrit," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Sivaraj berkata, beliau 'terpegun' dengan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang bahawa penyokong bukan Melayu akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan masalah ekonomi.
"Peningkatan kos sara hidup, barangan keperluan dan kedudukan semasa nilai ringgit bukan hanya membimbangkan masyarakat Melayu sahaja.
"Saya yakin kerajaan sedang mengusahakan strategi untuk menstabilkan keadaan dengan sebaik mungkin," katanya.
Tambah bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands itu, rakyat sudah muak dengan kenyataan politik sebegitu lebih-lebih lagi apabila pembangkang memainkan retorik agama dan kaum berbanding cadangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang melingkari rakyat.
"Lagipun beliau kena arif bahawa masalah yang dihadapi oleh negara adalah disebabkan faktor geopolitik dan global yang mempengaruhi serantau Asia dan dunia," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#C Sivaraj
#pembangkang
#rakyat bukan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan