Wan Azizah berdepan saingan lima penjuru di Pandan

Hafiz Marzukhi
April 28, 2018 03:21 MYT
Wan Azizah berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Pandan. - Gambar fail
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdepan persaingan lima penjuru bagi kerusi Parlimen Pandan.
Selain daripada cabaran daripada calon Barisan Nasional Datuk Leong Kok Wee dari MCA serta Mohamed Sukri Omar dari Pas, Dr Wan Azizah turut berdepan calon dari PRM, Jenice Lee Ying Ha dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, juga dikenali sebagai Buzze Azam yang bertanding di bawah tiket Bebas.
Pengumuman calon dibuat Pegawai Pengurus Pilihanraya Pandan Hasrolnizam Shaari.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pandan pula, kerusi Pandan Indah menyaksikan pertembungan tiga penjuru manakala Teratai akan direbut empat orang calon.
Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad akan mempertahankan kerusi Pandan Indah yang dahulu dikenali sebagai Cempaka daripada Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Datuk Mohd Haniff Koslan dari UMNO.
Sementara itu, Brian Lai dari DAP akan cuba mempertahankan kerusi Teratai yang dimenangi parti tersebut sebelum ini daripada tiga calon lain iaitu Liew Pok Boon dari MCA, Mohd Irman Abdul Wahab dari Pas serta Jenice Lee Ying Ha dari PRM.
#Barisan Nasional #Bebas #calon #lima penjuru #MalaysiaMemilih #PANDAN #Parlimen #PAS #persaingan #PKR #politik #wan azizah wan ariffin