Wan Azizah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pembangkang

Astro Awani
Mei 18, 2015 02:24 MYT
Upacara angkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diadakan di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. - Gambar Fail
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Upacara angkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diadakan di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dr Wan Azizah sworn in as MP for Permatang Pauh in Parliament.

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) May 18, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pandikar Amin, who chairs Parliament meeting, announces Wan Azizah as new Parliamentary Opposition Leader

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) May 18, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari manakala Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan yang difailkan keluarga Anwar terhadap hukuman penjaranya.
Anggota Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin (kanan) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) hadir pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota Parlimen hari ini. - Foto Bernama.
Wan Azizah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi pada 7 Mei lalu.
BACA: PKR kekal kerusi Permatang Pauh
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin, calon Bebas Salleh Isahak, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman.
Sementara itu, Datuk Hasan Ariffin turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Rompin.
#Hasan Ariffin #Pandikar Amin Mulia #Wan Azizah Wan Ismail