awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan

Bernama
Bernama
29/09/2023
06:20 MYT
Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) beramah mesra bersama pelajar selepas majlis penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat Daerah Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai hari ini. --fotoBERNAMA
BENTONG: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan desas-desus beliau akan dilantik menganggotai Jemaah Menteri Persekutuan dalam rombakan kabinet.
Naib Presiden UMNO itu berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini.
"Mana ada, khabar angin sahaja tu jangan dengar, bukan sahih pun. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun kata akan dipertimbangkan (rombakan), sekarang saya cuma fokus menangkan BN di PRK Pelangai.
"Orang boleh tulis apa sahaja untuk tarik pembaca, tetapi saya fokus Pelangai kerana saya ni orang parti, bertanding dan jadi Menteri Besar pun sebab parti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat Daerah Bentong di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang mendakwa nama beliau, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, akan dilantik sebagai menteri susulan rombakan Kabinet pada masa terdekat.
Anwar, pada Rabu dilaporkan berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.
PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam satu nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan seorang calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#PRK DUN Pelangai
#jemaah menteri Persekutuan
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan