Wanita MCA guna contoh Trump untuk iktibar hadapi PRU akan datang

Tan Su Lin
November 12, 2016 10:44 MYT
HENG: Hanya melalui kepimpinan berkualiti, seorang pemimpin dapat kekal berada di atas tangga kejayaan.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie hari ini menggunakan contoh kemenangan Donald Trump dalam kempen pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini bagi menyuntik semangat perwakilan wanita dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.
Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Wanita MCA ke-41 di sini, hari ini, Heng menekankan kepentingan mendengar suara rakyat dalam memilih pemimpin yang berkualiti.
"Empat hari lalu, Presiden Trump telah berjaya meraih kejayaan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Keputusan pilihan raya Amerika Syarikat ini sekali lagi membuktikan bahawa semua pemimpin politik tidak boleh memandang ringan pengundi-pengundi yang akan menentukan nasib pemimpin."
"Hanya melalui kepimpinan berkualiti, seorang pemimpin dapat kekal berada di atas tangga kejayaan. Itu yang menjadikan Amerika Syarikat negara hebat," katanya.
Pada Selasa, Trump yang terkenal dengan slogan 'Make Amerika Great Again' sepanjang kempen pilihanrayanya dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
#Donald Trump #Heng Seai Kie #Ketua Wanita MCA #MCA #politik #PRU14