awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PRS tuntut empat perkara termasuk tambah kuota sebagai Ahli Majlis

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
23/04/2022
08:10 MYT
Wanita PRS tuntut empat perkara termasuk tambah kuota sebagai Ahli Majlis
Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, pertama adalah meningkatkan kuota ahli majlis dalam kalangan Wanita PRS. - Astro AWANI
SIBU: Pergerakan Sayap Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) membuat tuntutan empat perkara sebagai agenda utama bagi membentuk perpaduan dan keadilan di antara ahli parti.
Ketua Wanita PRS, Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, pertama adalah meningkatkan kuota ahli majlis dalam kalangan Wanita PRS.
"Sebagai contoh, Wanita PRS mempunyai 24,000 keahlian tetapi hanya 20 jawatan ahli majlis diberikan daripada 112 jawatan yang diperuntukkan kepada parti," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan ke-5 Parti Rakyat Sarawak di Kingwood Hotel pada Sabtu.
Doris menambah, pihaknya turut menggesa agar kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencalonkan lebih ramai ahli Wanita PRS sebagai penerima anugerah negeri mahupun Persekutuan.
Katanya, ketiga, Wanita PRS menuntut supaya lebih ramai wanita memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Keempat pula kita mahu pemilihan dibuat untuk meletakkan calon wanita dalam Majlis Tertinggi (MT) PRS. Setakat ini hanya empat Wanita dalam MT PRS menerusi lantikan," katanya.
Tambah beliau, tuntutan itu adalah wajar dengan perjuangan Wanita PRS yang berfokus, menjurus kepada perpaduan, dan pelaksanaan polisi-polisi kerajaan negeri.
Katanya, peranan dan tanggungjawab Wanita PRS tidak wajar diperlekehkan terutama dalam memperjuangkan keadilan dan inklusiviti untuk memegang kuasa dalam dan luar parti.
"Walau bagaimanapun, wakil wanita menjawat jawatan masih rendah... agak tidak setimpal sekali gus tidak mencerminkan jumlah, usaha, sumbangan serta pengorbanan sayap wanita parti ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Tuntutan Wanita PRS
#perpaduan dan keadilan
#Doris Sophia Brodie
#kuota ahli majlis PRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan