Wanita tolak politik toksik

Astro Awani
September 10, 2017 14:16 MYT
Wan Azizah antara individu penting yang tampil menyampaikan ucapan sempena perhimpunan aman Purple Walk. - Astro AWANI
Lebih 800 wanita berhimpun sebagai manifestasi menentang ketidakadilan terhadap wanita serta menolak politik toksik.
Demonstrasi aman 'Purple Walk' ini dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ahli G25 Noor Farida Ariffin.
Antara lain, himpunan sebagai tanda kesatuan kaum hawa bukan sahaja mengenai isu penyertaan wanita dalam aspek politik malah memperjuangkan hak mereka secara amnya.
Demonstrasi aman itu turut disertai Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama hadir menyertai demonstrasi tersebut.
#Bersih #G25 #Maria Chin Abdullah #Noor Farida Ariffin #politik #purple walk #wanita