Warisan sasar tanding empat kerusi Parlimen, 20 DUN Negeri Sembilan

Bernama
Jun 17, 2022 07:48 MYT
Pengerusi Warisan N. Sembilan Datuk Azman Idris berkata, kepimpinan majlis tertinggi parti akan membuat keputusan berkenaan perkara itu. - Bernama
SEREMBAN: Parti Warisan (Warisan) menyasarkan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Warisan Negeri Sembilan Datuk Azman Idris berkata, bagaimanapun kepimpinan majlis tertinggi parti akan membuat keputusan berkenaan perkara itu.
"Parti Warisan sudah lebih setahun digerakkan di negeri ini dan sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Warisan berpontesi di Negeri Sembilan.
"Kami ada cara tersendiri untuk membantu rakyat. Saya mahu Warisan menjadi parti perpaduan untuk semua bangsa di negeri ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran Parti Warisan Negeri Sembilan di sini hari ini.
Azman berkata ahli parti itu di negeri itu kini mencecah kira-kira 2,000 orang yang melibatkan kira-kira 25 cawangan.
Dalam pada itu, beliau berkata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan merasmikan pejabat perhubungan Parti Warisan Negeri Sembilan di sini, Ahad ini.
-- BERNAMA
#Warisan #PRU15 #Negeri Sembilan #kerusi Parlimen #DUN