awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/03/2021
02:43 MYT
Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
XAVIER: Rakyat mahu kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi yang sedang sakit, jadi kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain.
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan rasa tersangat kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.
"Ketika ini, terdapat parti politik yang berbincang mengenai kemungkinan pilihan raya umum sedangkan ia tidak perlu dan tidak boleh dilaksanakan waktu ini.
"Keutamaan kita sekarang sepatutnya ialah, menyokong kerajaan menangani pandemik COVID-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana bagi membina semula ekonomi.
"Sekurang-kurangnya perlukan masa 18 bulan untuk program vaksinasi selesai dan lebih dari dua tahun untuk ekonomi pulih," katanya.
pic.twitter.com/03XOPc4vlA
— Dr. Xavier Jayakumar (@xavierjayakumar) March 13, 2021
Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga berkata, semua usaha kerajaan tersebut memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikan ia dapat dijayakan dengan baik.
"Rakyat mahu kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sedang sakit. Jadi, kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain.
"Justeru itu, saya mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Naib Presiden dan Ahli PKR," katanya.
Pada masa sama, Xavier berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan Kuala Langat dan menyokong kerajaan sebagai Ahli Parlimen bebas.
"Saya yakin saya akan dapat tunaikan janji saya kepada rakyat Kuala Langat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#Kuala Langat
#letak jawatan
#COVID-19
#program vaksinasi
#Dr Xavier Jayakumar
#ahli Parlimen
#keluar parti
#politik
#pilihan raya
#ekonomi
#kerajaan
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan