Skip to main content
Advertisement

Politik

'Yang tak sakau, nak suruh letak jawatan?’ – PM Anwar

Anwar Hari Ikhtisas_Astro AWANI
Anwar hadir pada Majlis Perasmian Malaysia Professional Day di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: "Yang tak sakau, nak  suruh letak jawatan?” 

Persoalan itu dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyentuh gesaan supaya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meletakkan jawatan.

Beliau mengesahkan surat peletakan jawatan Loke diterimanya pada Isnin sebelum bergegas menghadiri pengebumian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Saya terima surat semalam, saya bergegas ke pengebumian Tun Dr Siti Hasmah.

“Saya nak tanya betul-betul, soal rasuah kita padam, (tapi sekarang) bincang Anthony Loke dulu letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Malaysia Professional Day di sini pada Selasa.

Bagaimapun Perdana Menteri memberitahu,  beliau akan berbincang dengan Anthony Loke berhubung perkara berkenaan sambil menegaskan prestasi menteri terbabit dalam menjalankan tugas adalah baik.

“Kerja dia baik. Berasaskan sebagai menteri sangat baik. Jadi sebab itu saya akan bincang dengan dia,” katanya.

Loke hari ini turut mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet kepada Perdana Menteri pada Isnin.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu menegaskan, beliau akan terus menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
 
Beliau berkata, peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada hari Najib dibebaskan dari Penjara Kajang.
 

 


 

Must Watch Video

Advertisement