#YBImpian: Kalaulah 'dia' jadi YB ...

Astro Awani
Mac 27, 2018 22:33 MYT
Luaskan imaginasi anda! Namakan ahli Parlimen fantasi yang paling anda suka dan si 'dia tidak semestinya ahli parti politik. - Gambar fail
Siapakah individu yang bukan ahli politik tetapi mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang bagus dan elok diketengahkan sebagai calon wakil rakyat?
Ketika bahang pilihan raya semakin dirasai ketika ini, ramai yang mengimpikan seseorang yang mereka minat, suka mahupun harapkan dapat menjadi calon pilihan raya.
Kalau anda minat si 'dia' dan beliau menjadi calon pilihan raya, pasti anda sudah membuat keputusan siapa yang bakal anda pilih nanti.
Luaskan imaginasi anda!
Namakan seseorang yang paling anda suka ... tapi si 'dia’ yang anda pilih hendaklah bukan dari golongan ahli politik.
Mungkin individu itu seorang ahli perniagaan, tokoh masyarakat, penjawat awam, pelajar, selebriti atau golongan profesional.
Sila namakan mereka di ruangan komen dibawah:
#Dewan Undangan Negeri #DUN #Malaysia Memilih #Parlimen #Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU14 #YB Fantasia