POLITIK
  
            YDP Pas Kawasan Tambun Mat Salleh Said meninggal dunia
Allahyarham Mat Salleh pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta. - Foto Bernama
            
      IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun Mat Salleh Said, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada 10.30 malam tadi.
Ringkasan AI
Setiausaha Pas Kawasan Tambun memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi parti berkenaan.
"Beliau bukan sekadar pemimpin, tetapi murabbi, pembimbing dan sumber kekuatan buat kita semua. Semoga Allah SWT merahmati rohnya serta menerima segala amal jihad dan pengorbanannya dalam perjuangan Islam ini. Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Mat Salleh Said," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Al-Jamaiyah, Taman Hiburan, Hulu Kinta dekat sini pada 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Idris Ahmad, dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan beliau bersama isteri telah menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Taman Perpaduan Koperasi Tambun pada 1 pagi tadi.
"Semoga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan Almarhum bersama para solihin," katanya.
Mat Salleh pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta mewakili Pas dalam pertandingan empat penjuru.
-- BERNAMA
               
            
 
    
            Ringkasan AI
- Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Mat Salleh Said, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 10.30 malam.
- Jenazah disolatkan di Surau Al-Jamaiyah, Hulu Kinta pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun.
- Mat Salleh pernah bertanding kerusi DUN Hulu Kinta pada PRU14 mewakili Pas dalam pertandingan empat penjuru.
Setiausaha Pas Kawasan Tambun memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi parti berkenaan.
"Beliau bukan sekadar pemimpin, tetapi murabbi, pembimbing dan sumber kekuatan buat kita semua. Semoga Allah SWT merahmati rohnya serta menerima segala amal jihad dan pengorbanannya dalam perjuangan Islam ini. Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Mat Salleh Said," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Al-Jamaiyah, Taman Hiburan, Hulu Kinta dekat sini pada 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Idris Ahmad, dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan beliau bersama isteri telah menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Taman Perpaduan Koperasi Tambun pada 1 pagi tadi.
"Semoga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan Almarhum bersama para solihin," katanya.
Mat Salleh pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta mewakili Pas dalam pertandingan empat penjuru.
-- BERNAMA
 
            
              
    
      #Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun
    
  
    
      #Mat Salleh Said
    
  
    
      #meninggal dunia
    
  
    
      #Hospital Raja Permaisuri Bainun
    
  
            
            
  