KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bekas pemimpin Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali akan terlibat dalam penubuhan Majlis Ulama UMNO.

Ahmad Zahid memaklumkan, Khairuddin akan membantu Datuk Dusuki Ahmad yang diumumkan sebagai pengerusi sayap terbaru UMNO itu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memaklumkan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dusuki dan Khairuddin di pejabatnya pada Selasa.

"Selaku tokoh Agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan di kalangan ulama dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, saya percaya Datuk Dusuki mampu membantu saya dan UMNO untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti.

"Insya-Allah beliau juga akan dibantu oleh Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas," katanya.

Semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bakal menubuhkan Majlis Ulamanya sendiri.

Kata Ahmad Zahid, penubuhan badan tersebut perlu disegerakan dalam usaha menjalinkan kerjasama di antara umara (pemerintah) dan ulama.

Tengahari ini berkesempatan bertemu dengan Dato’ Haji Dusuki Ahmad, sahabat lama yang saya isytiharkan namanya waktu...

Posted by Zahid Hamidi on