awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid dedah pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2021
17:09 MYT
Zahid dedah pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi
Ahmad Zahid berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.
Presiden UMNO itu berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen.
Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen.
“Ertinya kelebihan satu kerusi manakala seorang ahli Parlimen daripada UMNO iaitu ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menandatangani sebarang akujanji untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang,” katanya menerusi satu wawancara hati ke hati bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiaport pada Ahad.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, dalam pembentukan itu juga, seramai 43 ahli Parlimen dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta 18 ahli Parlimen Pas telah sepakat untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri.
“(Ini) disertai oleh penghijrah-penghijrah politik seramai 15 orang daripada UMNO serta muhajirin daripada sebuah parti yang dahulunya dalam PH yang akhirnya dengan dokongan 61 ahli Parlimen dari Muafakat Nasional telah dapat membentuk kerajaan ada sekarang ini,” katanya.
Ahmad Zahid menyatakan rakyat seharusnya mengetahui bagaimana pengorbanan UMNO dan BN dalam mewujudkan kerajaan yang ada sekarang ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai kenyataan dibuat sesetengah pihak bahawa UMNO dan BN seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan penyertaan parti itu di dalam kerajaan yang ada sekarang.
“Dengan 43 sokongan ini tentunya kita harus mengetahui siapa yang patut bersyukur, siapa yang patut berterima kasih dengan pembentukan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Zahid Hamidi
#pembentukan kerajaan
#Perikatan Nasional
#PN
#majoriti satu undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan