awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid minta pemimpin, ahli UMNO tidak desak Muhyiddin isu jawatan TPM

Bernama
Bernama
29/11/2020
07:57 MYT
Zahid minta pemimpin, ahli UMNO tidak desak Muhyiddin isu jawatan TPM
Zahid berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara perdana menteri. -Gambar fail
BAGAN DATUK:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.
Presiden UMNO berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara perdana menteri.
"Oleh yang demikian, spekulasi, tafsiran atau sebarang analisis mengenai jawatan timbalan perdana menteri tidak harus dibincangkan secara umum walaupun memang diakui ada dibincangkan dalam mesyuarat parti. Hak pelantikan itu adalah hak perdana menteri.
"Mana-mana parti boleh meminta tetapi jauhkanlah daripada mendesak kerana kita harus menghormati kuasa yang ada di tangan perdana menteri," kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk selepas bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Kopi Atan Deris di Jeti Hutan Melintang di sini hari ini.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu temu bual eksklusif bersama sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata isu jawatan timbalan perdana menteri untuk diisi pemimpin UMNO akan dibangkitkan semula sebaik Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat selesai.
Ismail Sabri berkata pada masa ini tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet, melainkan satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau, meskipun UMNO memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#jawatan TPM
#jangan desak PM
#Muhyiddin Yassin
#Ismail Sabri
#kuota umno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan