awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaid enggan menulis lagi... mengapa merajuk?

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2018
21:41 MYT
Zaid enggan menulis lagi... mengapa merajuk?
ZAID: Saya hanya insan biasa yang percaya kepada kebenaran dan keadilan tetapi saya fikir tiada guna saya berjuang lagi. - Gambar fail
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan enggan lagi menulis selepas ditekan dari pelbagai sudut berhubung tulisannya baru-baru ini berkaitan Tun Daim Zainuddin.
Dalam tulisan terbaru di laman blognya, penulis yang lantang mengkritik ahli politik turut menegaskan beliau tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik.
Menurutnya, beliau merasakan dirinya telah membuang masa bertahun-tahun memikirkan mampu mengubah politik negara namun semuanya nampak sukar direalisasikan.
“Mungkin politik Malaysia tidak memerlukan orang seperti saya dan saya sedar semuanya sudah terlambat.
“Saya fikir saya telah memberikan usaha secukupnya untuk Pakatan Harapan (PH), sekurang-kurangnya untuk mendapat penghormatan daripada ahlinya.
“Namun nampaknya itu tidak berlaku,” catatnya dalam laman blognya, pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau turut memutuskan untuk menarik balik kenyataan berkenaan dakwaan Daim terlibat dalam keputusan penting dibuat kerajaan PH selama ini.
Malah, beliau turut meminta maaf kepada Daim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Selama bertahun-tahun saya menulis, saya sentiasa pastikan kesahihan maklumat yang saya terima tapi kali ini ternyata ia adalah salah.
“Saya sangat menyesalinya,” katanya.
Tambahnya, kelantangannya sebelum ini menyebabkan beliau terpaksa bersara daripada syarikatnya agar ia tidak ‘sengsara’ apabila dikaitkan dengan beliau.
“Harga yang mahal terpaksa dibayar untuk kebebasan bersuara meskipun saya bercakap perkara (1MDB) yang saya fikirkan penting kepada negara,” ujarnya.
Katanya lagi, keadaan seumpama itu berulang apabila tulisannya dikecam pelbagai pihak dan kali ini beliau mengambil keputusan untuk berhenti menulis.
“Kepada pembaca, saya hargai sokongan daripada anda. Mereka menggelar saya dengan pelbagai nama namun janganlah percaya kepada mereka.
“Saya hanyalah insan biasa yang percaya kepada kebenaran dan keadilan tapi saya fikir tiada guna saya berjuang lagi,” katanya.
BACA: Zaid Ibrahim label DAP parti Cina
Zaid baru-baru ini dalam tulisannya mendakwa Daim dan rakan jutawannya membuat keputusan penting dalam kerajaan PH.
Kenyataan itu mendapat reaksi balas daripada pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan dakwaan Zaid tidak berasaskan fakta.
Topic Berkaitan
#1MDB
#berhenti menulis
#blog
#Daim Zainuddin
#ditekan
#kebebasan bersuara
#kerajaan
#kesahihan maklumat
#kesal
#Lim Guan Eng
#Maaf
#Mahathir Mohamad
#mengkritik ahli politik
#Pakatan Harapan
#parti politik
#politik
#Zaid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan