awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaman semakin berubah, UMNO harus kekal relevan - Najib

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
11/05/2015
16:01 MYT
Zaman semakin berubah, UMNO harus kekal relevan - Najib
NAJIB: Rakyat yang akhirnya akan menentukan masa depan UMNO memandangkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
UMNO berjaya melalui pelbagai ujian sepanjang sejarah hayatnya yang berusia 69 tahun kerana bepegang kepada formula membela nasib rakyat keseluruhan, bukan berjuang untuk ahli parti semata-mata.
Demikian kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menyampaikan ucapan sempena malam sambutan Hari UMNO Ke-69 yang dilangsungkan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin.
“Saya percaya UMNO berjaya kerana kita mementingkan bukan saja ahli kita di dalam dewan ini, tetapi ahli UMNO dan bukan UMNO serta rakyat jelata (keseluruhannya) yang akan menilai setiap gerak-geri, tindakan dan keputusan kita,” ujar Najib.
Tambah beliau, UMNO telah lalui banyak ujian getir tetapi semua itu telah dapat ditempuh dengan jayanya.
“Bukan kerana kebijaksanaan pemimpin UMNO tetapi lebih daripada itu, apabila pemimpin mempunyai penyokong dan pendokong yang setia dan kuat,” jelas beliau.
Najib bagaimanapun mengakui bahawa perubahan zaman telah membawa bentuk cabaran baharu kepada parti hingga menguji kaedah-kaedah yang digunakan parti untuk mendepaninya.
Beliau menyebut tentang kepantasan penyebaran fitnah yang dahsyat melalui media sosial dan Internet. Secara tidak langsung, semua itu membawa impak persepsi yang dilihat lebih penting daripada realiti.
“Namun, apa juga perubahan persekitaran, UMNO mesti mampu menyesuaikan dirinya agar kekal menjadi parti yang relevan pada masa kini dan akan datang,” ujar beliau.
Najib berkata, rakyat yang akhirnya akan menentukan masa depan UMNO memandangkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan sistem demokrasi.
“Di samping saya menyanjung tinggi ikrar dan lafaz sokongan, saya sedar dan dengan segala rendah diri, bahawa saya perlu (terus) memimpin sebuah parti yang mendapat sokongan yang kuat oleh rakyat Malaysia,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#cabaran
#Hari UMNO
#Najib Tun Razak
#PWTC
#ujian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan