awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry kesal dituduh tidak pandai Matematik

Bernama
Bernama
15/11/2016
11:55 MYT
Zambry kesal dituduh tidak pandai Matematik
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tengah) menunjukkan ucapan Bajet 2017 yang dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Yang Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Bernama
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kesal dengan tindakan pembangkang yang melemparkan pelbagai tohmahan berikutan pembentangan bajet defisit untuk tahun depan.
Zambry berkata antara tuduhan itu termasuk menuduh beliau 'tidak pandai Matematik'.
Beliau berkata setiap tahun kerajaan negeri akan membentangkan bajet defisit, namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia berakhir dengan lebihan.
"Kita tidak mahu terlalu optimistik. Sebagai perancang kewangan biasanya kita mesti cuba mengurangkan unjuran berlebih-lebihan, tetapi sepanjang kita membentangkan bajet (defisit) ia akan berakhir dengan lebihan.
"Pembangkang sedar perkara ini namun menjadi kebiasaan mereka mengkritik apa sahaja kerajaan lakukan kerana kalau bersetuju bermakna mereka tewas," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet Perak 2017 di sini hari ini.
Kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM1.07 bilion bagi Bajet 2017 dan ia diunjur sebagai bajet desifit sebanyak RM129.67 juta.
Sejak 2010, rekod prestasi kewangan Perak menunjukkan pencapaian baik iaitu mengakhiri bajet tahunan dengan lebihan sekalipun pada peringkat penyediaan ia dianggap defisit.
Jelas Zambry peningkatan defisit yang agak besar itu disebabkan peruntukan RM100 juta untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) yang akan digerakkan semula mulai tahun depan.
Katanya peruntukan itu akan diletakkan dalam satu tabung khas untuk menggerakkan ekonomi negeri untuk manfaat rakyat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perak
#tidak pandai matematik
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan