KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi Pemilihan UMNO yang akan berlangsung bulan depan.
Zambry dalam hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
"Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sekali gus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Menurut Zambry beliau juga mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan BN dan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, Zambry berkata beliau menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada Pemilihan UMNO Sesi 2023-2026 itu.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepada saya sebelum ini," katanya.
Pada 24 Feb lepas, Zambry mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu.
Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan. - Foto fail/BERNAMA

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Mekah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

KPT perkasa pendidikan TVET digital menerusi Kolej Komuniti Papar - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluas akses pendidikan TVET di Sabah menerusi penubuhan Kolej Komuniti Papar.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Sekatan perjalanan bukan cara tingkatkan bayaran balik PTPTN - Zambry
KPT belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN yang gagal membuat bayaran balik.

PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Draf Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 diserah kepada Zambry
Pelan ini disiapkan dalam tempoh sembilan bulan melalui penyelidikan dan sesi libat urus bersama lebih 8,226 pihak berkepentingan.

Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta
Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.