POLITIK

Zuraida mahu letak calon wanita di PRK Rantau

Wan Syamsul Amly 16/11/2018 | 10:34 MYT
ZURAIDA berkata, dua nama akan dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. - Astro AWANI / Shahir Omar
Bekas Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin mahu PKR meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Jelasnya, dua nama akan dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

"Saya mahu calon wanita kerana saya pemimpin wanita dalam PKR. Saya akan mencadangkan kepada Negeri Sembilan untuk meletakkan calon wanita yang berbakat dan berkaliber," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan amanat terakhir pada Majlis Serah Tugas Ketua Wanita PKR di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat oHakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.

Petisyen ke atas kerusi DUN Rantau difailkan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.

#calon #Mohamad Hasan #PKR #prk rantau #Rantau #Tok Mat #Zuraida Kamaruddin