KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menawarkan diri mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika mendapat keizinan daripada kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyandang kerusi Parlimen tersebut sejak 2008.
"Jika parti tiada halangan, saya menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding di Ampang untuk mempertahankan kerusi ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 8,000 borang keahlian Bersatu Selangor kepada Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari di Pejabat PM Parlimen Ampang di sini hari ini.
Ditanya sama ada perkara itu telah dibincangkan dengan UMNO bagi mengelak perebutan kerusi, Zuraida, yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, secara ringkas berkata UMNO juga sebahagian daripada PN.
Mengenai penyerahan borang keahlian Bersatu, beliau berkata mereka terdiri daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN), yang kebanyakannya bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zuraida berkata proses integrasi antara PKN dan Bersatu berjalan dengan baik dan ia diharap dapat menambahkan kekuatan parti itu di Parlimen Ampang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa.
"Apabila digabungkan, sudah pasti Ampang akan menjadi kubu kuat Bersatu," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata dengan penambahan 8,000 ahli baharu tersebut, Bersatu Selangor kini mempunyai kira-kira 70,000 ahli.
"Sebelum PRU15, kita harap dapat keahlian sehingga 200,000. Di bahagian lain pun kita sedang menjalankan usaha-usaha menambah keahlian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyandang kerusi Parlimen tersebut sejak 2008.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Niaga AWANI: MEDAC | Memperkasa koperasi untuk pulih ekonomi ahli

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."

SPRM mohon Natrah Ismail beri bukti mengenai cubaan sogok Ahli Parlimen lompat parti
Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, mengenai kewajiban melapor transaksi penyogokan

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.

AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR
Tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan keluar parti disifatkan sebagai tidak bermaruah.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi akan keluar PKR
Tuduhan beliau akan melompat parti itu, katanya, tidak berasas dan hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baiknya.