Skip to main content

Dunia

Iran rancang tiba di AS 14 hari sebelum pembukaan Piala Dunia FIFA 2026

FILE PHOTO: The New York/New Jersey's FIFA World Cup 2026 logo is revealed during the kickoff event in Times Square in New York City, U.S., May 18, 2023. REUTERS/Brendan McDermid/File Photo
Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Iran, Amir Ghalenoei, menyatakan dalam satu temu bual bersama media tempatan yang pasukan itu merancang untuk tiba di Amerika Syarikat (AS) 14 hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA 2026, lapor media Iran pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS

TEHRAN: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Iran, Amir Ghalenoei, menyatakan dalam satu temu bual bersama media tempatan yang pasukan itu merancang untuk tiba di Amerika Syarikat (AS) 14 hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA 2026, lapor media Iran pada Rabu, menurut Xinhua.

Ghalenoei berkata rancangan persiapan itu akan membantu pasukan memberikan persembahan yang mantap di Piala Dunia, sambil menjelaskan yang Iran masih perlu mengatur dua atau tiga perlawanan pemanas badan yang berkualiti tinggi.

Mengikut jadual, pasukan itu akan berlepas ke Turkiye pada 16 Mei dan akan berada di sana selama dua minggu.

Mehdi Taj, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran berkata pihaknya sedang mengusahakan keputusan terbaik berhubung penyertaan dalam Piala Dunia.

Iran diundi dalam Kumpulan G bagi Piala Dunia yang akan dihoskan bersama oleh AS, Mexico dan Kanada bermula 11 Jun hingga 19 Julai. Pasukan itu dijadualkan memulakan kempen menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti dengan perlawanan menentang Belgium di venue yang sama pada 21 Jun. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ditetapkan pada 26 Jun menentang Mesir di Seattle.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video