Skip to main content

Dunia

Pemain tenis Argentina, Leonardo Aboian digantung hingga 2032

Leonardo Aboian IG Academia Blengino Tenis
Leonardo Aboian dikenakan penggantungan selama enam tahun sembilan bulan selepas mengaku bersalah mengatur perlawanan antara 2018 dan 2025, menurut Agensi Integriti Tenis Antarabangsa.

HANOVER, JERMAN: Pemain tenis Argentina, Leonardo Aboian dikenakan penggantungan selama enam tahun sembilan bulan selepas mengaku bersalah mengatur perlawanan antara 2018 dan 2025, menurut Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) pada Jumaat.

ITIA menyatakan  Aboian, 27, didapati bersalah atas 30 pelanggaran peraturan dan didenda sebanyak AS$40,000 selain hukuman penggantungan itu, dengan 25,000 daripadanya ditangguhkan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Advertisement

Aboian yang pernah menduduki ranking tertinggi kerjaya di tangga ke-229, mengaku mengatur lapan perlawanan perseorangan dan beregu dalam Kejohanan Jelajah Tenis Dunia ITF serta acara Pencabar ATP .

"Pemain itu mengaku terhadap semua pertuduhan ITIA, termasuk memudahkan pertaruhan, mengatur keputusan acara, menerima bayaran untuk tidak memberikan usaha terbaik, serta gagal melaporkan pendekatan rasuah," kata ITIA.

Tempoh penggantungan itu bermula secara retroaktif sejak penggantungan sementaranya pada 19 Sept 2025 dan akan berakhir pada 18 Jun 2032.

--BERNAMA-dpa

 

 

 

diselaraskan 

Must Watch Video