SEORANG ahli perniagaan terkemuka Bulgaria yang juga presiden sebuah kelab bola sepak liga utama mati ditembak di bandar Plovdiv awal pagi Rabu, menurut laporan berita media tempatan.
Iliyan Filipov - pemilik salah sebuah syarikat pengangkutan dan logistik terbesar di Bulgaria, PIMK, serta pemegang saham majoriti FC Botev Plovdiv - terbunuh sekitar jam 1 pagi waktu tempatan di sebuah premis miliknya di bandar itu.
Pihak polis menyatakan bahawa pegawai telah menyekat laluan keluar dan masuk utama di Plovdiv, yang terletak kira-kira 90 batu ke arah ibu negara, Sofia.
"Kami sedang giat menjejaki semua petunjuk yang mungkin," kata Pendakwa Raya Daerah Plovdiv, Vanya Hristeva, dalam satu taklimat.
🚨 Bulgaristan’da şok!
Botev Plovdiv Başkanı Iliyan Filipov, kendi evinin önünde başından vurularak hayatını kaybetti.
Bulgar basını, cinayet şüphelisine ait olduğu öne sürülen güvenlik kamerası görüntüsünü yayımladı. pic.twitter.com/2kfEUnrKqE— Nexus Sports (@nexustransfer) September 30, 2026