Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap tahniah kepada Low Zi Yu-Genevie Lim atas kejayaan muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia

Anwar menyifatkan kejayaan gandingan muda itu sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan serta melakar sejarah baharu bagi arena badminton tanah air. - Foto BAM
Anwar menyifatkan kejayaan gandingan muda itu sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan serta melakar sejarah baharu bagi arena badminton tanah air. - Foto BAM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu wanita remaja negara Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan cemerlang merangkul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir.

Beliau menyifatkan kejayaan gandingan muda itu sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan serta melakar sejarah baharu bagi arena badminton tanah air.

"Satu pencapaian yang membanggakan! Tahniah Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan muncul juara beregu wanita di Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Satu sejarah baharu buat badminton negara!" kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menitipkan pesanan agar kedua-dua pemain itu mengekalkan rentak kecemerlangan mereka demi menaikkan lagi imej negara di persada antarabangsa.

"Syabas, teruskan momentum dan harumkan nama Malaysia!" kata beliau.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Kaherah semalam, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menampilkan aksi bertenaga sebelum menundukkan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio dengan keputusan 15-7, 9-15, 15-12.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung dalam acara beregu wanita sejak kejohanan berkenaan mula dipertandingkan pada 1992.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement