Skip to main content

Malaysia

China Masters: Zi Yu-Noraqilah Maisarah muncul naib juara

SINAR HARIAN
Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan tewas kepada gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, dalam aksi final di Baoji City Gymnasium. - Gambar/ Sinar Harian

BEREGU muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Baoji China Masters apabila tewas kepada gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, dalam aksi final di Baoji City Gymnasium sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat, beregu negara itu begelut pada awal set pertama hingga pada satu ketika ketinggalan 15-8.

Meskipun cuba bangkit pada penghujung saingan, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 13-21.

Aksi lebih kemas dipamerkan Zi Yu-Noraqilah Maisarah dalam set kedua tetapi tidak pernah dapat memintas lawan sebelum akhirnya tewas 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 32 minit. - Stadium Astro

Must Watch Video