Skip to main content

Malaysia

Gandingan Adelia-Adania rangkul gelaran juara Boling Remaja Dunia

FB Bowling Malaysia
Kejayaan itu menyaksikan Adelia dan Adania mengulangi pencapaian Esther Cheah-Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang menghadiahkan gelaran sulung dunia beregu perempuan buat Malaysia pada edisi 2006 di Berlin, Jerman.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gandingan remaja negara Adelia Nur Irwan Syazalee-Adania Mohd Redzwan, menamatkan penantian 20 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu perempuan pada Kejohanan Boling Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kuching, Sarawak hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Megalanes Sarawak itu, pasangan negara menewaskan wakil Amerika Syarikat Erin Klemencic dan Elizabeth Teuber, 2-0 (244-181, 207-201) sekali gus menghadiahkan kejuaraan dunia beregu perempuan kedua buat Malaysia.

Kejayaan itu menyaksikan Adelia dan Adania mengulangi pencapaian Esther Cheah-Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang menghadiahkan gelaran sulung dunia beregu perempuan buat Malaysia pada edisi 2006 di Berlin, Jerman.

Terdahulu, Adelia dan Adania turut membantu skuad wanita meraih pingat gangsa acara berpasukan.

Kedua-dua mereka akan turun beraksi dalam acara berpasukan campuran akhir yang turut berlangsung hari ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement