Skip to main content

Malaysia

SUKMA: Selangor belum muktamad cuti peristiwa, akan umum pada majlis penutup - MB

SHAH ALAM, 5 Mei -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor dan Pembukaan Program Gagasan Rumpun Selangor Tahun 2026 di Seksyen 17 hari ini.  -- fotoBERNAMA
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan poster yang tular melibatkan pengumuman cuti peristiwa bersempena dengan kemenangan negeri berkenaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan poster yang tular melibatkan pengumuman cuti peristiwa bersempena dengan kemenangan negeri berkenaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. 

Dalam hantaran menerusi Threads, Amirudin berkata sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu akan dibuat pada Majlis Penutup SUKMA, yang akan berlangsung di Aneka Walk, Seksyen 14 di sini, esok.

“Segala sebaran atau pengumuman yang berlaku sebelumnya adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Harap maklum dan mohon bersabar,” katanya. 

Terdahulu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi dilaporkan berkata Selangor akan mempertimbangkan untuk memberikan cuti peristiwa jika kontinjen SUKMA negeri berkenaan berjaya meraih gelaran juara keseluruhan pada temasya itu. 

Beliau berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas kiraan pingat dimuktamadkan dengan kontinjen Selangor menunjukkan peluang cerah untuk menamatkan temasya dengan cemerlang. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement