Skip to main content

Sukan

BAC: Jojo terlalu ampuh! Jun Hao kandas pusingan pertama

Sumber: Stadium Astro
Leong Jun Hao. - Foto BERNAMA

PERSEORANGAN lelaki negara, Leong Jun Hao, terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas kepada pemain pilihan ketiga dari Indonesia, Jonatan Christie atau Jojo, di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi.

Jun Hao menguasai awal set pertama tetapi menuju ke pertengahan, Jonatan mula mempamerkan prestasi sebenar dan mudah mencatatkan kemenangan 21-13.

Advertisement

Dan peluang Jun Hao untuk bangkit dalam set kedua jelas sukar sejak dari awal, di mana dia tidak pernah dapat mendahului lawan sejak dari pukulan pertama untuk akur tersingkir dengan kekalahan 8-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.


 

 

Must Watch Video