Skip to main content

Sukan

EPL: Chelsea tumbang, Arsenal terus gah di puncak liga

Soccer Football - Premier League - Chelsea v Newcastle United - Stamford Bridge, London, Britain - March 14, 2026 Chelsea's Enzo Fernandez in action with Newcastle United's Joelinton Action Images via Reuters/John Sibley EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. PLEASE CONTACT YOUR ACCOUNT REPRESENTATIVE
Pemain Chelsea Enzo Fernandez beraksi bersama pemain Newcastle United Joelinton ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Newcastle United di Stamford Bridge, London, Britain, 14 Mac 2026. REUTERS

ARSENAL dan Chelsea menempuhi dua nasib berbeza dalam perlawanan minggu ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta yang lebih dominan terpaksa menunggu lama sebelum jaringan pembukaan daripada Viktor Gyokeres pada penghujung perlawanan.

Advertisement

Ia diikuti Max Dowman yang menambah gol kemenangan selang lapan minit kemudian untuk menewaskan Everton 2-0 di Stadium Emirates sekali gus terus gah di puncak liga.

Dowman mencipta sensasi apabila menjadi pemain termuda -berusia 16 tahun 73 hari- menjaringkan gol dalam kempen EPL selepas kali terakhir dilakukan James Vaughan -pada usia 16 tahun 270 hari- ketika menentang Crystal Palace pada 2005.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan gol tunggal Anthony Gordon pada minit ke-18 memastikan Newcastle United meraih tiga mata di Stamford Bridge selepas menewaskan Chelsea 1-0.

 

 

 

 

 

Must Watch Video