Skip to main content

Sukan

Gerakan heret Presiden FIFA ke muka pengadilan, cabar di CAS

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. -- stadiumastro
Aduan FairSquare mengatakan Infantino melanggar Artikel 15 Kod Etika FIFA yang berkaitan dengan kewajipan berkecuali. - StadiumAstro
Advertisement

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, berkemungkinan menghadapi siasatan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas sebuah kumpulan hak asasi manusia mengumumkan rancangan untuk memfailkan aduan mendakwa Infantino melanggar peraturan berhubung potensi implikasi politik yang bercanggah dengan status IOC bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pelanggaran peraturan itu jelas menyaksikan mereka mencabar statut FIFA sendiri.

Infantino telah menjadi ahli IOC sejak 2020.

FairSquare telah memfailkan aduan kepada Jawatankuasa Etika FIFA pada Disember 2025.

Media antarabangsa juga berkongsi supaya meminta supaya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) masuk campur isu itu.

Aduan FairSquare mengatakan Infantino melanggar Artikel 15 Kod Etika FIFA yang berkaitan dengan kewajipan berkecuali.

Individu yang terikat kod tersebut mesti kekal berkecuali secara politik dalam urusan rasmi, dan boleh dihukum dengan denda sekurang-kurangnya 10,000 franc Switzerland (RM50,600.20) dan larangan sehingga dua tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Orang ramai turut mempersoal adakah penganugerahan Augerah Keamanan kepada Trump itu dibuat oleh Majlis FIFA, biro majlis berkenaan, atau secara unilateral oleh Infantino sendiri.

"Jika Infantino bertindak secara unilateral dan tanpa sebarang kuasa berkanun, ini harus dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan," kata FairSquare.

Walaupun Sekretariat Dewan Penyiasatan FIFA mengakui menerima aduan tersebut pada bulan Disember, badan bola sepak global itu tidak memberikan "tiada petunjuk" bahawa siasatan telah dimulakan, kata FairSquare.

Sekretariat Siasatan FIFA memberitahu bahawa mungkin akan memulakan siasatan awal terhadap "potensi pelanggaran Kod Etika FIFA" atas arahan daripada Pengerusi Dewan Penyiasatan.

Sebelum ini, 50 Ahli Parlimen Eropah (MEP) menyeru telah menulis surat kepada Jawatankuasa Etika FIFA menyatakan sokongan terhadap aduan terhadap Infantino.

Persekutuan Bolasepak Norway (NFF) secara rasmi telah menyokong aduan terhadap Infantino atas dakwaan pelanggaran peraturan berunsur politik dalam badan pentadbir bola sepak dunia itu.

Must Watch Video

Advertisement