SYDNEY: Atlet Ethiopia Addisu Gobena dan atlet Kenya Peres Jepchirchir masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita Maraton Sydney 2026 pada Ahad, yang menyaksikan penyertaan 40,000 pelari, lapor Xinhua.
Gobena memenangi perlumbaan lelaki pada pagi Ahad dengan catatan dua jam, empat minit dan 42 saat, sekali gus mencipta rekod baharu serta memperbaiki catatan juara 2025 Hailemaryam Kiros, 2:06:06, dengan kelebihan lebih seminit.
Rakan senegaranya Chimdessa Debele Gudeta menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 2:04:46, manakala pelari Lesotho Tebello Ramakongoana melengkapkan podium di tempat ketiga dengan 2:04:57.
Pemenang pingat emas Olimpik Jepchirchir menjuarai perlumbaan wanita dengan catatan 2:18:31, mengatasi rakan senegaranya Irene Cheptai yang menduduki tempat kedua dengan 2:22:11, manakala Shure Demise Ware dari Ethiopia ketiga dengan 2:22:33.
Maraton Sydney dinamakan sebagai perlumbaan ketujuh dalam siri Abbott World Marathon Majors pada November 2024 dan secara rasmi menyertai siri berkenaan pada 2025.
-- BERNAMA-XINHUA