Skip to main content

Sukan

Hoki Piala Dunia: Malaysia isi tempat ke-16, tewas di tangan Wales

FIH HOCKEY MEN’S WORLD CUP 2026  28 August 26 | FRI | 15 - 16 Place  FULL TIME WALES 2 - 2 MALAYSIA  29’ FG Benjamin Francis 41’ FG Faizal Saari 52’ FG Akhimullah Anuar Esook 53’ FG Liam Barker  SHOOT OUT WALES 2 - 1 MALAYSIA  MALAYSIA SCORER - Fitri Saari  WALES SCORER - Jolyon Morgan - Jack Pritchard kredit : facebook FIH HOCKEY MEN’S WORLD CUP 2026  28 August 26 | FRI | 15 - 16 Place  FULL TIME WALES 2 - 2 MALAYSIA  29’ FG Benjamin Francis 41’ FG Faizal Saari 52’ FG Akhimullah Anuar Esook 53’ FG Liam Bar
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 60 minit permainan, sebelum Wales akhirnya menang 2-1 menerusi shoot-out. - Facebook Malaysian Hockey Federation
Advertisement

SKUAD hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen Piala Dunia 2026 di tempat ke-16 selepas tewas kepada Wales menerusi penentuan shoot-out dalam aksi penentuan tempat ke-15 dan ke-16, hari ini.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 60 minit permainan, sebelum Wales akhirnya menang 2-1 menerusi shoot-out.

Wales terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi gol padang Benjamin Francis.

Malaysia bagaimanapun bangkit pada suku ketiga apabila Faizal Saari menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-41.

Skuad Speedy Tigers kemudian mencipta kebangkitan apabila Akhimullah Anuar Esook meledak gol pada minit ke-52 untuk memberikan Malaysia kelebihan 2-1.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila Liam Barker pantas menyamakan kedudukan buat Wales pada minit ke-53.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat permainan, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan shoot-out.

Dalam debaran penentuan itu, Wales muncul pemenang dengan keputusan 2-1.

Fitri Saari menjadi penjaring tunggal Malaysia dalam penentuan shoot-out, manakala Jolyon Morgan dan Jack Pritchard masing-masing berjaya menyempurnakan peluang buat Wales.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat ke-16 pada Kejohanan Dunia 2026, selepas gagal menutup kempen dengan sebarang kemenangan.

Must Watch Video

Advertisement