Skip to main content

Sukan

KBS pertimbang perluas Dana Sukan Komuniti ke negeri berprestasi baik

SEPANG, 19 Dis -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol bercakap kepada media selepas menyambut ketibaan pasukan menembak dan memanah negara pulang dari Temasya Sukan SEA 2025 Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dana berkenaan terbuka kepada semua negeri dan kelab yang memenuhi syarat permohonan bagi membantu penganjuran pelbagai aktiviti sukan di seluruh negara. - Bernama
Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia mempertimbangkan permohonan tambahan Dana Sukan Komuniti (DSK) kepada mana-mana negeri yang menggunakan peruntukan sedia ada sepenuhnya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata dana berkenaan terbuka kepada semua negeri dan kelab yang memenuhi syarat permohonan bagi membantu penganjuran pelbagai aktiviti sukan di seluruh negara.

“Mereka hanya perlu membuat permohonan DSK melalui saluran betul supaya dapat dipertimbangkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Wanita dalam Sukan 2026 di UiTM Kota Samarahan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KBS bercadang memperluaskan model pemberian dana tambahan, seperti dilaksanakan di Pulau Pinang kepada negeri-negeri lain yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Mordi berkata KBS turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk Geran Padanan Sukan (GPS) bagi menyokong penganjuran aktiviti sukan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat akar umbi.

Bagi tahun ini, katanya KBS memperuntukkan RM30 juta di bawah GPS dan RM20 juta bagi DSK. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement